SEMINAR NASIONAL
MAQASID AL-SHARI'AH
2016
28 Mei 2016 | Sabtu | 8:00 pagi - 5:15 petang | Teater Shah Alam, Seksyen 14, Shah Alam
BIODATA PEMBENTANG

​DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
Mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Wales, UK. Beliau juga mendapat Ijazah Ilmiah daripada Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
Kini beliau merupakan penolong professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengkhususan Fiqh & Usul Fiqh, Muamalat Islam.

​DR. AHMAD WIFAQ MOKHTAR
Penerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Ibn Tofail, Maghribi, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Moulay Ismail juga di Maghribi, masing-masing dalam bidang Fatwa dan al-Ijtihad al-Maqasidi.
Kini beliau adalah pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Timbalan Pengarah INFAD (Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia), USIM.

​PROF. DR. IBRAHIM ZEIN
Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah daripada Temple University dalam Bidang Kajian Agama. Beliau merupakan mantan Dekan di Islamic International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Beliau kini salah seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM.

​PROF. MADYA DR. TAHIR EL-MESAWI
Memperoleh Beliau merupakan bekas tenaga pengajar di Islamic International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Beliau kini merupakan tenaga pengajar di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM.

​Y.B. DR. MUJAHID YUSOF RAWA
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah Siyasah Syar’iah daripada Universiti Malaya (UM).
Kini beliau merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Parit Buntar. Beliau juga merupakan Naib Presiden Parti AMANAH Negara.