top of page

INFO SEMINAR

Institut Darul Ehsan (IDE) telah menubuhkan Unit Kajian Maqasid Shari’ah yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil bertujuan untuk membantu pengaplikasian al-Maqasid dalam perumusan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan Negeri Selangor di samping meratakan kesedaran tentang Maqasid Shari’ah dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat meliputi pembuat dasar, pentadbir, pendidik, pemimpin masyarakat dan rakyat.

 

Justeru, sebagai menyokong usaha ini maka IDE telah menjemput Y.Bhg. Sheikh Prof. Dr. Abdul Rahman al-Kailani, Profesor di Kuliah Syariah, Universiti Jordan dan juga merupakan Pengerusi Rabitah Ulama Jordan untuk hadir di Negeri Selangor daripada 25 hingga 30 Mei 2016. Beliau dijemput hadir bagi memberi ucaptama dalam SEMINAR NASIONAL MAQASID SHARI’AH 2016 bertemakan ‘Maqasid Shariah dan Fiqh Demokrasi’ anjuran IDE dan Kerajaan Negeri Selangor. Kehadiran beliau juga akan dimanfaatkan di pelbagai institusi dan daerah Selangor dalam program-program kerjasama pelbagai pihak sempena di ambang bulan Ramadhan al-Mubarak seminggu selepas itu.

Objektif Seminar :
  • Membina kefahaman tentang teori dan aplikasi Maqasid al-Shari’ah dalam fiqh demokrasi dan aspek berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan dan politik;

 

  • Menjadi platform pertukaran idea dan perkongsian ilmu serta pengalaman mengenai maqasid al-Shari’ah dan fiqh demokrasi;

 

  • Menghasilkan resolusi atau pelan tindakan atau garis panduan teori dan aplikasi maqasid al-Shari’ah dalam fiqh demokrasi;  

 

  • Menerbitkan laporan, kertas kerja penyelidikan dan kajian mengenai maqasid al-Shari’ah dan aplikasinya dalam sistem demokrasi; dan

 

  • Mengukuhkan dan mewujudkan jaringan antara institut penyelidikan dan pengajian serta ilmuan dan pakar bidang Maqasid al-Shari’ah dari dalam dan luar negara termasuk pengkaji, penyelidik, ahli akademik, pembuat dasar, aktivis masyarakat, ahli politik dan semua pemegang taruh yang berkaitan.

Tema Seminar:

Tema yang diangkat pada Seminar Maqasid al-Shari’ah peringkat nasional ini ialah:

 

“Maqasid al-Shari’ah dan Fiqh Demokrasi”

INSTITUT DARUL EHSAN

IDE Research Centre Sdn Bhd (1138903-V)

Tingkat 15, Plaza Perangsang

Persiaran Perbandaran, 40100 Shah Alam, MALAYSIA

Tel: +603-5513-8284 | Fax: +603-5512-2973

Email: ide@ideselangor.com | Website: www.ideselangor.com

© 2016 by IDE Production Team Website. Proudly created with Wix.com

  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • RSS Classic
bottom of page